Wednesday, 11 May 2016

TEROBEKKK - PENANG DRIVE AWAY


PULAU PINANG

GURNEY

Bismillah hirrahman nirrahim.

Assalamualaikum semua pembaca.

Okay seperti yang dijanjikan, arini aku akan share-kan kisah-kisah lalu 'drive away' aku ke Penang, iaitu salah satu tempat percutian/peranginan/ketenangan/keseronokkan untuk korang jadikan rujukan.

1. Perjalanan (aku suka driving Lambokghini aku)

Untuk perjalanan yang memakan masa lebih kurang 5 jam (kalau naik kereta sedan), ini memang mengujakan. Tapi..........aku tidak pernah dapat perjalanan yang sebegitu cepat dalam masa 5 jam. Perjalanan aku kebiasaanya melarat sampai 8-9 jam (hahaha sebab aku suka berhenti dekat R&R yang besar-besar untuk lepak minum kopi) untuk sampai ke destinasi iaitu Pulau Pinang, Pulau Mutiara.

Kancil color orange tuh 'Lambokghini aku'

2. Penginapan (peberet website aku nih - booking.com)

Sepanjang destinasi aku ke Penang yang entah berapa kali nih, kekerapan hotel yang aku booking semuanya melalui website tersebut di atas. Sebab boleh booked melalui debit card maybank2u aku walaupun xde duit sebagai cagaran + boleh check-in jam berapa pagi subuh pon aku sampai + boleh bayar masa register tuh.

Hotel-hotel yang pernah aku menginap ialah:-



Shangri-La Rasa Sayang, Batu Ferringhi (Deluxe-RM840/night)

Shangri-La Rasa Sayang, Batu Ferringhi
Shangri-La Rasa Sayang, Batu Ferringhi
Shangri-La Rasa Sayang, Batu Ferringhi


Sunway Hotel Gerogetown (Double Bed-RM189/night)
Sunway Hotel Georgetown


Sentral Hotel Georgetown (Double Bed-RM119/night)
Sentral Hotel Georgetown


Old Penang Hotel (Standard Room-RM91/night)
Old Penang Hotel

3. Tempat Makan

Pelbagai variasi dan pilihan jenis makanan dan tempat makan di sekitar Georgetown, Pulau Pinang ini. Yang terutama sekali ada lah Nasi Kandaq bak hang. Seperti aku, aku tetap layan Nasi Kandaq line clear. Tapi...ramai juga yang lebih gemar cekik nasi kandaq kapitan, nasi kandaq air hitam, nasi kandaq hameed & bermacam-macam lagi nasi kandaq hat dok ada di Penang tuh. Okay bawah nih semua pasai nasi kandaq di siang hari punya. Semuanya disekitar bandar Georgetown. 

Nasi Kandaq Line Clear
Nasi Kandaq Line Clear
Nasi Kandaq Line Clear
Nasi Kandaq Line Clear
Nasi Kandaq Line Clear
Sekarang kita cerita pulak pasal makan lagi disebelah malam di sekitar Gurney Drive. Macam-macam makanan ado. Tapi itu lah, pasemboq aja yang aku cekik kalau mai ke sana. Lain-lain makanan ada jugak depa juai. Sotong kangkong, satay, nasi lemak, rojak buah, ayam goreng crispy, tauhu bakar dll. 


Pasemboq Gurvey Drive
Crowded at Gurney Drive

4. Armenian Street, Georgetown (UNESCO)

Sesiapa pon yang pergi Penang, memang akan buh tempat nih dalam itinerary dorang untuk tempat yang di tuju. Di sini bermacam-macam lukisan Mural Art dari seorang pelukis yang berasal dari Lithania yang bernama Ernest Zacharevic. Ini lah keunikan hasil kerja tangan beliau di dinding-dinding sekitar street art ini.

Seperti biasa, aku memang suka nak belanja gambar kat korang ni semua, supaya korang juga boleh buat perancangan untuk ke Penang nanti & posing-posing kat setiap mural art tuh. Awesome weh!!!


"Alamak polis kejar aku, habislah. Nyorok sini lah"
"Sampai ke, sampai ke main basketball tu ohoiii"

"Kakakkk jangan tinggalkan kami"
"Sian ia pendek tak sampai nak amik cup of coffee tu"
"geletek perot ia. geletek perot ia"
"Amboihhh suka sangat yang belakang tuh"
"Abot sedang merenung masa depan"
"Mak tak sangka Afii da kena sumpah ke dinding"
"eeeyaaa caaa! apa la gaduh ngan kucing"
"Mak aku memang epic weh!!!"
"Dah tua-tua pon nak main buaian"

5. Jalan-jalan di Batu Ferringhi

Kat sini yang seronokknya malam la. Boleh jalan-jalan kat 'night market' macam Down Town yang ada kat KL tu. Tempat-tempat urut kaki pun banyak. Ada restoran The Ship, Starbucks Coffee pon hado. Di sekitar area Hard Rock Hotel & Cafe tu ada 1 kedai makan nama 'Slow Rock'. Aku memang suka lepak kedai mamu tuh walaupun banyak review yang aku baca, kedai mamu tuh mahal dan tak sedap. Dan 3 tahun lepas, kedai mamu nih jugak ada band dok nyanyi-nyanyi sambil pelanggan menjamu selera.


Slow Rock da tukar jadi Pak Mid Cafe
Night Market di Batu Ferringhi

Gambar tambahan seperti di bawah ketika aku meronda-ronda tak tau mana nak lepak dengan mak aku. So ada je yang cantik di mata aku, harus aku amik gambar. 

Untuk buah tangan plak, cam biasa la kan. Kompom-kompom la beli jeruk. Tapi sorry eh, aku tak layan jeruk pak ali tuh sebab terlampau banyak cuka dan harga mahal. So aku lebih prefer auntie Chowrasta punya jeruk. Dan memang muka aku je yang selalu menebeng kat Penang nih, auntie tu pon da naik cam aku. Mesti ada extra peket jeruk untuk aku kudap dalam perjalanan pulang ke KL dari auntie. Tak lupa jugak, wadey kat gerai kaki lima tepi Chowrasta memang bawak bekal untuk perjalanan pulang serta Teh Tarik sedap Line Clear bak hang.


Heritage Building
Nagore Square, Jalan Burma

Sekian dulu kisah merayap kat Penang nih eh. Akan ada entri seterusnya iaitu, merendek di Singapura macam kampung aku!!! haha haha hahashimmm :)

No comments:

Post a Comment