Friday, 3 June 2016

AKU MASIH MENGIDAM KE AMAREYKAAA WEHHH !!!


Meh arini nak merepek sikit pasal gambor gambor kat bawah nih. Gambar gambar nih semua adalah hasil ehsan daripada google punya gambau ye.

Jadinya, aku nih memanglah teringin benor yang teramat sangat nak ke sana. Ada plak sorang makhluk nih bersuara la nak ke US tahun depan bulan Januari. Dia siap dah dapat kawan American Men eh kat sana.

Bertambah tambah lah meluap luap rasa ingin mengingin teringin ke US tu. Tapi...seperti yang korang sedia maklumankan, perbelanjaan ke sana tu agak berat. Macam orang nak simpan duit kahwin. Nampak gayanya, kenalah mula menabung sehari RM500 (kahkahkah sehari pon gaji RM36.77) lagi ada hati nak menabung sehari RM500. Silap silap sebulan RM500 pon belum tentu eh.

Moh ler kita pilih, mana 1 destinasi pilihan di bawah nih, untuk dijadikan penempatan seumur hidup...ecehhh (*_*)

Mexico City

Chicago City

Los Angeles City

Toronto City

New York City

Tapi kan kan kan, adalah sorang makhluk tu, dia pilih nak stay kat Rhode Island nih. Ye la kan kan kan, dia da kenal dengan America Men sorang tuh, jadi hatinya da terpaut la di sana =)

Rhode Island

Apaaa yang penting...selera kita orang berdua memang la nak ke Negara Barat ini. Semoga tulisan dan nukilan menjadi kenyataan walau seribu tahun lagi.

Tuesday, 24 May 2016

APPLY VISA NAK PERGI USA



Alaaaaa saja je nak tulis entri pasal visa pi USA nih. Walaupun memang ku tahu, hanya bermimpi disiang hari je kan. Costing nak pi sana aje da RM10K (hasil review aku, belanja 1 hari di USA termasuk tempat tinggal, makan minum dan pengangkutan RM140/sehari) kena buat simpanan, itu pun tak tahu berapa lama boleh terkumpul.

Okay meh nak kongsi sikit link untuk korang buat rujukan apa dokumen yang perlu dan tak perlu bila membuat permohonan nanti ya - US Visa 


USA

Okay dah siap. Itu sahaja ayat aku nak taip untuk arini. Kalau nak baca, bacalah. Tak nak baca pon, baca aje sebab link tu ada ilmu yang bermanfaat. Ohhh btw, US Visa untuk 10 tahun eh. Rugi tu kalau tak dimanfaatkan sebaik nya. 

Jumpa lagi weh di lain entri. 

p/s: Entri Singapore tak habis lagi. Sebab aku malas nak update. Idea nak mengarang tak sampai lagi. Mungkin idea tu sangkut kat highway Sg. Besi jem barangkali (*_*)

Wednesday, 11 May 2016

AFII BOARDING HOUSE

Assalamualaikum semua pencinta kucing dalam Malaysia!

Bismillah hirrahman nirrahim =)

Meh nak share info serta pengalaman dalam menjalankan urusan dan penjagaan asrama kucing di rumah, apabila penjaga mereka pulang ke kampung dihari-hari perayaan, megerjakan umrah selama 2 minggu, travelling, outstation kerja dan macam-macam lagi.

Beroperasi semenjak tahun 2012 secara sederhana di rumah sahaja

Di sini aku kasi info sikit tentang perkhidmatan yang aku buat nih. Boleh whatsapp aku ditalian 017 622 0736 sahaja okay. Kalau korang call, sampai raya tahun depan pon tak dapat-dapat. Ekekekekekeke.

Terms & Condition ABH:-
  • RM10 untuk seekor kucing dewasa (6 bulan ke atas)
  • RM5 untuk seekor anak kucing (3-6 bulan sahaja)
  • Sangkar owner kena bawa sendiri 
  • Kibble/Wetfood owner kena bawa sendiri
  • Pasir owner kena bawa sendiri 
  • Bayaran penuh masa penghantaran 
  • Kucing sakit/dalam ON MEDICATION tidak terima di ABH
  • Masa boarding hanya SEMINGGU (jika lebih daripada SEMINGGU, OWNER kena top-up bayaran directly via online banking/buat bayaran penuh masa penghantaran kucing anda)
Perkhidmatan yang dijalankan oleh ABH:-
  • Memberi kucing anda makan & minum (pagi, tengahari, petang & malam)
  • Membersihkan sangkar 1x sehari (termasuk basuh litter box & tukar pasir baru)
  • Membasuh bekas makanan & minuman kucing anda

Perkhidmatan yang tidak diberikan oleh ABH:-

  • Tidak akan memberi ubat-ubatan kepada kucing anda
  • Tidak akan memandikan kucing anda
  • Tidak akan meng-updated aktiviti & gambar kucing anda di-whatsapp anda 
  • NO PICKUP SERVICES
Sedikit sebanyak penerangan untuk rujukan korang yang mana mencari perkhidmatan penjagaan kucing apabila korang ingin meninggalkan kucing dalam jangka masa yang panjang.

Macam biasalah, aku memang suka belanja gambar kan. Nahhh bawah nih gambar-gambar kucing yang pernah berada di Afii Boarding House.


PUTIH
SULU
OREO & MIMI
SITI HAJAR
SITI NGALIM
JEBAT
Ini lah sedikit sebanyak perkongsian aku tentang boarding house yang aku usahakan secara persendirian. Walaupun sedikit, kepuasannya hanya seorang pencinta kucing sahaja yang akan tahu.

Kerenah dorang semasa dalam jagaan aku sepeninggalan tuan-puan mereka, walaupun geram & penat, tapi tetap menjadi pengubat hati. Kucing juga punya stressed mode di mana, kucing yang tidak biasa duduk di dalam sangkar, akan kemurungan & tidak mahu makan apabila mereka berada di dalam sangkar. Disamping itu juga, persekitaran yang baru serta bau sesama kucing lain yang ada, membuatkan mereka rasa terancam.

Apapun, mereka adalah makhluk Tuhan yang paling comel. Renunglah mereka, kita pasti akan merasa tenang & damai. Insyaallah

TEROBEKKK - SINGAPURA MACAM KAMPUNG AKU !!!

HARHARHAR...tajuk pon da kelakor kan =)

Pertama kali pergi Singapura Jan/2015. Lepas daripada tu, trip aku da jadi berkali-kali pulak ke Singapura. Sehinggakan, aku berani datang sorang diri ke sana. Apa ada hal kan, Starmart Express kan berlambak.


Solo Backpack ke Singapura
Okay nanti aku sambung lagi eh entri nih. Mata mengantuk la plak lepas lunch makan nasi dengan ikan tenggiri goreng + sayur kobis goreng kicap. Ekekekekeke.


TEROBEKKK - PENANG DRIVE AWAY


PULAU PINANG

GURNEY

Bismillah hirrahman nirrahim.

Assalamualaikum semua pembaca.

Okay seperti yang dijanjikan, arini aku akan share-kan kisah-kisah lalu 'drive away' aku ke Penang, iaitu salah satu tempat percutian/peranginan/ketenangan/keseronokkan untuk korang jadikan rujukan.

1. Perjalanan (aku suka driving Lambokghini aku)

Untuk perjalanan yang memakan masa lebih kurang 5 jam (kalau naik kereta sedan), ini memang mengujakan. Tapi..........aku tidak pernah dapat perjalanan yang sebegitu cepat dalam masa 5 jam. Perjalanan aku kebiasaanya melarat sampai 8-9 jam (hahaha sebab aku suka berhenti dekat R&R yang besar-besar untuk lepak minum kopi) untuk sampai ke destinasi iaitu Pulau Pinang, Pulau Mutiara.

Kancil color orange tuh 'Lambokghini aku'

2. Penginapan (peberet website aku nih - booking.com)

Sepanjang destinasi aku ke Penang yang entah berapa kali nih, kekerapan hotel yang aku booking semuanya melalui website tersebut di atas. Sebab boleh booked melalui debit card maybank2u aku walaupun xde duit sebagai cagaran + boleh check-in jam berapa pagi subuh pon aku sampai + boleh bayar masa register tuh.

Hotel-hotel yang pernah aku menginap ialah:-



Shangri-La Rasa Sayang, Batu Ferringhi (Deluxe-RM840/night)

Shangri-La Rasa Sayang, Batu Ferringhi
Shangri-La Rasa Sayang, Batu Ferringhi
Shangri-La Rasa Sayang, Batu Ferringhi


Sunway Hotel Gerogetown (Double Bed-RM189/night)
Sunway Hotel Georgetown


Sentral Hotel Georgetown (Double Bed-RM119/night)
Sentral Hotel Georgetown


Old Penang Hotel (Standard Room-RM91/night)
Old Penang Hotel

3. Tempat Makan

Pelbagai variasi dan pilihan jenis makanan dan tempat makan di sekitar Georgetown, Pulau Pinang ini. Yang terutama sekali ada lah Nasi Kandaq bak hang. Seperti aku, aku tetap layan Nasi Kandaq line clear. Tapi...ramai juga yang lebih gemar cekik nasi kandaq kapitan, nasi kandaq air hitam, nasi kandaq hameed & bermacam-macam lagi nasi kandaq hat dok ada di Penang tuh. Okay bawah nih semua pasai nasi kandaq di siang hari punya. Semuanya disekitar bandar Georgetown. 

Nasi Kandaq Line Clear
Nasi Kandaq Line Clear
Nasi Kandaq Line Clear
Nasi Kandaq Line Clear
Nasi Kandaq Line Clear
Sekarang kita cerita pulak pasal makan lagi disebelah malam di sekitar Gurney Drive. Macam-macam makanan ado. Tapi itu lah, pasemboq aja yang aku cekik kalau mai ke sana. Lain-lain makanan ada jugak depa juai. Sotong kangkong, satay, nasi lemak, rojak buah, ayam goreng crispy, tauhu bakar dll. 


Pasemboq Gurvey Drive
Crowded at Gurney Drive

4. Armenian Street, Georgetown (UNESCO)

Sesiapa pon yang pergi Penang, memang akan buh tempat nih dalam itinerary dorang untuk tempat yang di tuju. Di sini bermacam-macam lukisan Mural Art dari seorang pelukis yang berasal dari Lithania yang bernama Ernest Zacharevic. Ini lah keunikan hasil kerja tangan beliau di dinding-dinding sekitar street art ini.

Seperti biasa, aku memang suka nak belanja gambar kat korang ni semua, supaya korang juga boleh buat perancangan untuk ke Penang nanti & posing-posing kat setiap mural art tuh. Awesome weh!!!


"Alamak polis kejar aku, habislah. Nyorok sini lah"
"Sampai ke, sampai ke main basketball tu ohoiii"

"Kakakkk jangan tinggalkan kami"
"Sian ia pendek tak sampai nak amik cup of coffee tu"
"geletek perot ia. geletek perot ia"
"Amboihhh suka sangat yang belakang tuh"
"Abot sedang merenung masa depan"
"Mak tak sangka Afii da kena sumpah ke dinding"
"eeeyaaa caaa! apa la gaduh ngan kucing"
"Mak aku memang epic weh!!!"
"Dah tua-tua pon nak main buaian"

5. Jalan-jalan di Batu Ferringhi

Kat sini yang seronokknya malam la. Boleh jalan-jalan kat 'night market' macam Down Town yang ada kat KL tu. Tempat-tempat urut kaki pun banyak. Ada restoran The Ship, Starbucks Coffee pon hado. Di sekitar area Hard Rock Hotel & Cafe tu ada 1 kedai makan nama 'Slow Rock'. Aku memang suka lepak kedai mamu tuh walaupun banyak review yang aku baca, kedai mamu tuh mahal dan tak sedap. Dan 3 tahun lepas, kedai mamu nih jugak ada band dok nyanyi-nyanyi sambil pelanggan menjamu selera.


Slow Rock da tukar jadi Pak Mid Cafe
Night Market di Batu Ferringhi

Gambar tambahan seperti di bawah ketika aku meronda-ronda tak tau mana nak lepak dengan mak aku. So ada je yang cantik di mata aku, harus aku amik gambar. 

Untuk buah tangan plak, cam biasa la kan. Kompom-kompom la beli jeruk. Tapi sorry eh, aku tak layan jeruk pak ali tuh sebab terlampau banyak cuka dan harga mahal. So aku lebih prefer auntie Chowrasta punya jeruk. Dan memang muka aku je yang selalu menebeng kat Penang nih, auntie tu pon da naik cam aku. Mesti ada extra peket jeruk untuk aku kudap dalam perjalanan pulang ke KL dari auntie. Tak lupa jugak, wadey kat gerai kaki lima tepi Chowrasta memang bawak bekal untuk perjalanan pulang serta Teh Tarik sedap Line Clear bak hang.


Heritage Building
Nagore Square, Jalan Burma

Sekian dulu kisah merayap kat Penang nih eh. Akan ada entri seterusnya iaitu, merendek di Singapura macam kampung aku!!! haha haha hahashimmm :)

Friday, 6 May 2016

TENTANG KUCING AKU


Bismillah hirrahman nirrahim.

Assalamualaikum semua.

Harap semua sudah solat Maghrib okay. Allah itu yang pertama dan yang satu. Insyaallah.

Okay! Meh nak share sikit pasal kucing aku plak. Lebih-lebih lagi kepada pencinta kucing sejati/tegar yang ada diseluruh Malaysia/luar.

Sepanjang 32 tahun aku hidup nih, dah berpuluh-puluh ekor kucing yang aku bela sendiri (baik yang orang kasi, yang orang buang, yang aku kutip bawak balik umah, yang aku beli pon ada). Dipendekkan cerita, daripada berpuluh-puluh tuh, tinggal lah 2 ekor penyejuk mata dihati saya.

Ini Yaya - Russian Blue

Budak gelap ereng atas nih namanya YAYA. Kucing yang dijumpai oleh seorang rescuer di R&R Sungai Buloh. Yaya dah 1 tahun duduk dengan aku. Yaya nih perangai sikit. Tak nak kawan dengan sekor lagi kucing putih aku belakang tuh.

Ini Kudut - Odd Eye
Ini plak lah KUDUT. Kucing aku yang berbulu putih, tetapi matanya biru sebelah dan kuning sebelah. Tapi kucing sebegini sebahagiannya pekak. Tapi ia nih paling baik, makan tak cerewet, manja dan friendly. Tapi tu lah, budak ereng atas tuh taknak kawan dengan si putih melepak nih, kesian jugak kadang-kadang...ngeee

Dari segi makanan plak, buat masa nih dorng nih makan EVO Adult campur EQ Kittens (nasihat seorang kenalan di Melaka) untuk tumbusaran yang sihat. ALHAMDULILLAH memang berkesan. KUDUT yang asalnya tak sampai 800gram beratnya, kini sudah pon menggemok sehingga 2kilo.

Okay lah korang, ini sahaja kisah mengenai kucing yang aku ada 2 ekor nih. Kita jumpa lagi di entri lain dalam kisah-kisah percutian aku di Penang dan Singapura akan datang okay. Itu akan aku kongsikan dalam entri TEROBEK :)

SELAMAT HARI IBU


Bismillah hirrahman nirrahim.

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Untuk pertama kalinya ditahun 2016 ni, aku taip posting. Bukan apa, 4 bulan yang telah berlalu, banyak rintangan dan dugaan yang telah aku lalui. Pahit getir seorang penganggur, mencari kerja sehingga ke negara jiran (Singapura), membuatkan aku sedar, bahawasanya negara yang aku duduki sudah semakin sakit dari segi ekonomi.

ALHAMDULILLAH aamiin. Kini aku telah pun mendapat pekerjaan di syarikat lama di mana aku pernah bekerja suatu ketika dahulu di sekitar Kuala Lumpur juga. Tapi kali ini sedikit berbeza, aku telah ditawarkan jawatan dibahagian operasi, di mana aku diamanahkan untuk mengendalikan hal-ehwal pekerja yang berada di sekitar Jakarta dan Melbourne.

Kini, aku sudah boleh menarik nafas lega apabila menerima gaji pertama. Haaa lega! Aku dapat membiayai perbelanjaan dapur, membayar segala bil utiliti yang tertunggak selama ini, membeli keperluan dapur dan yang paling penting sekali, dapat belanja MAK makan luar yang sedap-sedap.

Sedikit dahulu aku membebel dekat blog aku ni untuk tatapan korang sepanjang 4 bulan aku tak mencoret nih okay. Ekekekekeke. Haaa korang jangan lupa tau, HARI IBU Ahad ni tau 08 May 2016 okay.



SELAMAT HARI IBU
EMAKKU
NORIAH BINTI DANIAN