Bismillah hirrahman nirrahim.
Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Untuk pertama kalinya ditahun 2016 ni, aku taip posting. Bukan apa, 4 bulan yang telah berlalu, banyak rintangan dan dugaan yang telah aku lalui. Pahit getir seorang penganggur, mencari kerja sehingga ke negara jiran (Singapura), membuatkan aku sedar, bahawasanya negara yang aku duduki sudah semakin sakit dari segi ekonomi.
ALHAMDULILLAH aamiin. Kini aku telah pun mendapat pekerjaan di syarikat lama di mana aku pernah bekerja suatu ketika dahulu di sekitar Kuala Lumpur juga. Tapi kali ini sedikit berbeza, aku telah ditawarkan jawatan dibahagian operasi, di mana aku diamanahkan untuk mengendalikan hal-ehwal pekerja yang berada di sekitar Jakarta dan Melbourne.
Kini, aku sudah boleh menarik nafas lega apabila menerima gaji pertama. Haaa lega! Aku dapat membiayai perbelanjaan dapur, membayar segala bil utiliti yang tertunggak selama ini, membeli keperluan dapur dan yang paling penting sekali, dapat belanja MAK makan luar yang sedap-sedap.
Sedikit dahulu aku membebel dekat blog aku ni untuk tatapan korang sepanjang 4 bulan aku tak mencoret nih okay. Ekekekekeke. Haaa korang jangan lupa tau, HARI IBU Ahad ni tau 08 May 2016 okay.
SELAMAT HARI IBU
EMAKKU
NORIAH BINTI DANIAN
No comments:
Post a Comment