Assalamualaikum semua pencinta kucing dalam Malaysia!
Bismillah hirrahman nirrahim =)
Meh nak share info serta pengalaman dalam menjalankan urusan dan penjagaan asrama kucing di rumah, apabila penjaga mereka pulang ke kampung dihari-hari perayaan, megerjakan umrah selama 2 minggu, travelling, outstation kerja dan macam-macam lagi.
 |
| Beroperasi semenjak tahun 2012 secara sederhana di rumah sahaja |
Di sini aku kasi info sikit tentang perkhidmatan yang aku buat nih. Boleh whatsapp aku ditalian 017 622 0736 sahaja okay. Kalau korang call, sampai raya tahun depan pon tak dapat-dapat. Ekekekekekeke.
Terms & Condition ABH:-
- RM10 untuk seekor kucing dewasa (6 bulan ke atas)
- RM5 untuk seekor anak kucing (3-6 bulan sahaja)
- Sangkar owner kena bawa sendiri
- Kibble/Wetfood owner kena bawa sendiri
- Pasir owner kena bawa sendiri
- Bayaran penuh masa penghantaran
- Kucing sakit/dalam ON MEDICATION tidak terima di ABH
- Masa boarding hanya SEMINGGU (jika lebih daripada SEMINGGU, OWNER kena top-up bayaran directly via online banking/buat bayaran penuh masa penghantaran kucing anda)
Perkhidmatan yang dijalankan oleh ABH:-
- Memberi kucing anda makan & minum (pagi, tengahari, petang & malam)
- Membersihkan sangkar 1x sehari (termasuk basuh litter box & tukar pasir baru)
- Membasuh bekas makanan & minuman kucing anda
Perkhidmatan yang tidak diberikan oleh ABH:-
- Tidak akan memberi ubat-ubatan kepada kucing anda
- Tidak akan memandikan kucing anda
- Tidak akan meng-updated aktiviti & gambar kucing anda di-whatsapp anda
- NO PICKUP SERVICES
Sedikit sebanyak penerangan untuk rujukan korang yang mana mencari perkhidmatan penjagaan kucing apabila korang ingin meninggalkan kucing dalam jangka masa yang panjang.
Macam biasalah, aku memang suka belanja gambar kan. Nahhh bawah nih gambar-gambar kucing yang pernah berada di Afii Boarding House.
 |
| PUTIH |
 |
| SULU |
 |
| OREO & MIMI |
 |
| SITI HAJAR |
 |
| SITI NGALIM |
 |
| JEBAT |
Ini lah sedikit sebanyak perkongsian aku tentang boarding house yang aku usahakan secara persendirian. Walaupun sedikit, kepuasannya hanya seorang pencinta kucing sahaja yang akan tahu.
Kerenah dorang semasa dalam jagaan aku sepeninggalan tuan-puan mereka, walaupun geram & penat, tapi tetap menjadi pengubat hati. Kucing juga punya stressed mode di mana, kucing yang tidak biasa duduk di dalam sangkar, akan kemurungan & tidak mahu makan apabila mereka berada di dalam sangkar. Disamping itu juga, persekitaran yang baru serta bau sesama kucing lain yang ada, membuatkan mereka rasa terancam.
Apapun, mereka adalah makhluk Tuhan yang paling comel. Renunglah mereka, kita pasti akan merasa tenang & damai. Insyaallah
No comments:
Post a Comment